Terma dan Syarat
Akses ke Laman Web ini dan penggunaan Perkhidmatan adalah tertakluk, pada setiap masa kepada Terma dan Syarat berikut:
1. DEFINISI
"Akta WTD 1965"
ertinya Akta Wang Tak Dituntut 1965 (Akta 370) Pindaan 2002 dan sebarang pindaan dari semasa ke semasa.
"Serahan
ertinya perkhidmatan atas talian yang membolehkan Entiti membuat serahan wang tak dituntut kepada Pendaftar (membuat bayaran online melalui FPX dan muatnaik daftar WTD (Borang UMA3)).
"Tuntutan"
ertinya semakan atas talian yang membolehkan Anda membuat carian kewujudan WTD dan mengisi borang permohonan bayaran balik WTD bagi butiran rekod WTD yang ada dalam rekod Pendaftar.
Permohonan tuntutan WTD hanya akan diproses setelah Pendaftar menerima permohonan dan dokumen sokongan yang lengkap.
"Entiti"
ertinya syarikat, badan berkanun, koperasi, persatuan, pihak berkuasa tempatan, perkongsian dan badan-badan lain seperti yang ditakrifkan sebagai "syarikat" dan "firma" di bawah Seksyen 8 Akta WTD 1965.
"FPX"
ertinya Financial Process Exchange iaitu perkhidmatan atas talian yang membolehkan Entiti membuat bayaran untuk wang tak dituntut kepada Pendaftar
"ID Pengguna"
- Individu
Bagi perkhidmatan Tuntutan, ertinya alamat emel yang didaftarkan untuk urusan dalam eGUMIS.
- Entiti :
Bagi perkhidmatan Serahan, ertinya nombor kad pengenalan/no. Passport dan lain-lain pengenalan pegawai/agen entiti pegawai penyerah yang telah diberi kebenaran akses oleh Pendaftar.
"Isi Kandungan"
ertinya semua data, maklumat, bahan, laporan dan rekod termasuk tetapi tidak terhad kepada pesanan ringkas, imej, lambang, video, animasi dan bentuk seperti mana yang dipaparkan atau dimuatkan di dalam Laman Web ini.
"Kata Laluan"
ertinya antara 8 hingga 20 aksara dan/atau karakter istimewa yang diketahui secara peribadi yang digunakan bersama ID Pengguna untuk tujuan pengesahan bagi mengakses perkhidmatan internet yang disediakan
"Laman Web"
ertinya www.anm.gov.my, laman web rasmi Pendaftar.
"Maklumat"
ertinya apa-apa maklumat, teks, data peribadi, data, kenyataan, bahan, mesej atau sebarang maklumat lain yang dipaparkan dan/atau yang dinyatakan di dalam Laman Web ini.
"Pendaftar "
ertinya Pendaftar Wang Tak Dituntut yang dilantik oleh Menteri Kewangan di bawah seksyen 9 Akta WTD 1965. Akauntan Negara Malaysia telah dilantik sebagai Pendaftar WTD mulai 1 Jun 1975. Pejabat Pendaftar adalah di Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut yang beralamat di Aras 42 Menara Maybank, 100 Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur.
"Perkhidmatan"
ertinya Serahan , e-Tuntutan dan semua perkhidmatan atas talian, yang disediakan dari semasa ke semasa di dalam Laman Web ini.
"WTD"
ertinya Wang Tak Dituntut yang diserah oleh Entiti kepada Pendaftar mengikut peruntukan di bawah Akta WTD 1965. Takrif WTD mengikut seksyen 8, Akta WTD1965, adalah:
i. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetap tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun atau;
ii. Wang dalarn kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun atau;.
iii. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun.
2. UMUM
Istilah "Anda" hendaklah merujuk kepada pengguna Laman Web dan Pengguna PORTAL eGUMIS.
Akses anda ke Laman Web ini dan penggunaan Perkhidmatan yang disediakan adalah tertakluk kepada Terma dan Syarat di sini.
Sila baca dan fahamkan Terma dan Syarat di dalam Laman Web ini setiap kali Anda mengakses dan/atau menggunakan Perkhidmatan yang disediakan di dalam Laman Web ini.
Walau apa pun dan tanpa menyentuh maksud umum klausa-klausa di dalam Terma dan Syarat ini, Anda dengan ini bersetuju bahawa akses kepada Laman Web ini dan penggunaan Perkhidmatan adalah atas risiko Anda sendiri dan Anda, tanpa syarat, bersetuju sepenuhnya akan menanggung semua risiko, bersampingan dengan atau berbangkit daripada penggunaan Laman Web ini dan Perkhidmatan di dalamnya. Jika pada bila-bila masa Anda tidak bersetuju dengan mana-mana atau semua Terma dan Syarat ini, sila tamatkan semua akses Anda kepada Laman Web ini dan/atau penggunaan Perkhidmatan.
3. PERATURAN PENGGUNAAN
Anda bersetuju dan mengakur janji untuk TIDAK menggunakan Laman Web ini, Isi Kandungan dan Perkhidmatan yang terkandung di dalamnya untuk tujuan yang mungkin termasuklah menyalahi hak-hak atau menyekat kepenggunaan dan mengikut Laman Web, Isi Kandungan dan Perkhidmatan dan ini termasuk :
a) Untuk mempamerkan apa-apa kelakuan, perbuatan atau bahan yang menyalahi undang-undang, menghina, mengandungi unsur-unsur lucah, kurang sopan, fitnah, hasutan, menghina atau membenci, pemalsuan, perkauman dan/atau yang boleh mengganggu individu, memberikan tekanan atau menyebabkan perasaan tidak senang atau menggugat privasi individu lain, mengandungi ancaman atau emel yang mendatangkan kesalahan jenayah, menimbulkan liabiliti sivil atau menyalahi mana-mana peraturan atau undang-undang tempatan, negeri, negara atau antarabangsa; penggunaan bahan yang mungkin menyalahi hak cipta, tanda dagang atau apa-apa harta intelek;
b) Menyamar sebagai seorang individu atau entiti termasuk dan tidak terhad kepada, pegawai Pendaftar atau memberikan gambaran yang salah tentang hubungan Anda dengan individu atau entiti;
c) Akses atau penggunaan data tanpa kebenaran, sistem atau rangkaian sistem termasuk sebarang percubaan untuk membuktikan, mengimbas atau menguji keutuhan sistem atau rangkaian sistem ;
d) Mengawasi data atau trafik sebarang sistem atau rangkaian sistem tanpa mempunyai kebenaran yang sah;
e) Menggunakan atau menyertakan sebarang virus, 'Trojan horses', 'time bombs', 'worms', 'cancelbots' atau sebarang cara seumpamanya yang boleh merosakkan, mengganggu, memintas atau merampas mana-mana sistem; atau menggangu Perkhidmatan mana-mana pengguna, hos atau rangkaian sistem termasuk dan tidak terhad kepada 'mailbombing', 'flooding', 'broadcast attacks database' atau meletakkan sebarang beban tambahan atau tidak perlu ke atas sistem Pendaftar;
f) Memintas sebarang pengesahan pengguna atau keselamatan sebarang hos, rangkaian sistem atau akaun (pencerobohan atau penggodaman atau percubaaan untuk menceroboh atau menggodam); dan
g) Menjual semula atau menyediakan Laman Web, Isi Kandungannya dan Perkhidmatan atau mana-mana bahagian kepada individu lain atau entiti untuk keuntungan atau sebaliknya.
Pendaftar mempunyai budi bicara mutlak untuk memadam atau meminda Laman Web ini, Isi Kandungan dan Perkhidmatan dan Peraturan Penggunaan.
Pendaftar mempunyai hak untuk menyiasat sebarang kebarangkalian penyalahgunaan Peraturan Penggunaan.
4. HAK PROPRIETARI
Laman Web ini dan Perkhidmatan di dalamnya adalah hak milik Pendaftar. Laman Web ini adalah dilindungi oleh hak cipta, tanda dagang dan hak-hak proprietari lain.
Tiada lesen atau hak diberikan kepada Anda dan akses Anda ke Laman Web ini dan/atau penggunaan peralatan atas talian dan Perkhidmatan tidak boleh ditafsirkan sebagai pemberian, dengan implikasi, estopel atau sebaliknya, sebarang lesen atau hak untuk menggunakan mana-mana Isi Kandungan tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Pendaftar atau pemilik pihak ketiga hak proprietari yang berkaitan.
5. TANDA DAGANG
Semua tanda dagang, tanda perkhidmatan, dan logo yang dipaparkan di dalam Laman Web ini adalah hak milik Pendaftar dan/atau pemilik pihak ketiga masing-masing seperti yang dinyatakan di dalam Laman Web ini.
Melainkan jika keizinan bertulis terlebih dahulu diperolehi daripada Pendaftar atau pemilik pihak ketiga mana-mana tanda dagang, tanda perkhidmatan atau logo yang dipaparkan di Laman Web ini telah diperolehi, tiada lesen atau hak diberikan kepada mana-mana pihak yang mengakses Laman Web ini untuk menggunakan, memuat turun, mengeluarkan semula salinan atau mengubah suai tanda dagang, tanda perkhidmatan atau logo. Begitu juga, melainkan jika keizinan bertulis terlebih dahulu diperolehi daripada Pendaftar atau pemilik yang berkaitan itu, tiada tanda dagang tersebut, tanda perkhidmatan atau logo boleh digunakan sebagai pautan atau untuk menandakan mana-mana pautan ke Laman Web ini atau mana-mana laman lain.
6. PINDAAN
Pendaftar berhak untuk mengemaskini, meminda dan/atau mengubah mana-mana bahagian atau semua Terma dan Syarat dari semasa ke semasa mengikut budi bicara mutlaknya. Semua pengemaskinian, pindaan dan/atau perubahan akan dipaparkan di Laman Web ini dan penggunaan berterusan oleh Anda di Laman Web ini selepas pengemaskinian, pindaan dan/atau perubahan yang telah dipaparkan akan dianggap sebagai pematuhan Anda, pengakuan dan penerimaan kepada Terma dan Syarat yang dikemaskinikan.
7. PAUTAN
Pautan dari atau ke mana-mana laman web di luar Laman Web ini adalah bertujuan untuk kemudahan sahaja. Pautan laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga yang mana adalah di luar kawalan Pendaftar. Pendaftar tidak akan bertanggungjawab dan tidak memberi jaminan terhadap kandungan laman-laman web tersebut, pihak ketiga yang dinamakan dalamnya atau produk dan perkhidmatan mereka.
Pautan yang disediakan di dalam Laman Web ini tidak boleh dianggap sebagai pengesahan atau verifikasi atau kelulusan laman-laman web tersebut atau kandungan di dalamnya oleh Pendaftar. Pautan ke laman web lain adalah atas risiko Anda sendiri dan Pendaftar tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan berkaitan dengan pautan.
8. PENGHANTARAN MELALUI LAMAN WEB
Pendaftar tidak menjamin bahawa mana-mana penghantaran yang dihantar kepada Pendaftar melalui Laman Web adalah benar-benar selamat dan bebas daripada apa-apa keingkaran, kesilapan dan/atau data yang tertinggal. Disebabkan keadaan semulajadi Internet, penghantaran itu mungkin tertakluk kepada gangguan, terputusnya bekalan elektrik, kelewatan penghantaran dan kesilapan penghantaran data. Pendaftar tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kegagalan kemudahan komunikasi yang boleh menjejaskan ketepatan masa transaksi.
9. GANGGUAN SISTEM KOMPUTER
Pendaftar tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa gangguan, kelewatan, kegagalan, kesilapan atau maklumat tertinggal atau kehilangan maklumat yang dihantar, virus atau harta yang tercemar atau rosak yang dihantar atau kerosakan yang berlaku kepada sistem komputer Anda. Anda akan bertanggungjawab untuk memberi perlindungan yang mencukupi dan mempunyai data dan/atau peralatan sokongan dan mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah dan sesuai untuk mengimbas virus komputer atau harta yang merosakkan.
Pendaftar tidak akan bertanggungjawab ke atas ketepatan, kegunaan atau prestasi perisian pihak ketiga yang mungkin digunakan berhubung dengan Laman Web ini.
10. KERAHSIAAN MAKLUMAT
Anda hendaklah bertanggungjawab bagi kerahsiaan dan penggunaan Kata Laluan Anda dan tidak mendedahkan Kata Laluan Anda kepada sesiapa pada masa bila-bila masa dan di bawah apa jua keadaan sama ada sengaja atau tidak sengaja.
Anda bersetuju untuk mematuhi segala langkah keselamatan berkaitan dengan perlindungan Kata Laluan atau secara amnya berkenaan dengan penggunaan Perkhidmatan ini.
11. CAJ
Pendaftar tidak mengenakan sebarang caj atau fi untuk perkhidmatan membayar balik WTD.
12. PENGENEPIAN
Sekiranya Pendaftar gagal atau cuai untuk menguatkuasakan mana-mana peruntukan atau remedi di bawah Terma dan Syarat ini atas apa jua sebab, Pendaftar hendaklah tidak ditafsirkan sebagai mengenepikan hak Pendaftar untuk menguatkuasakan atau mengenepikan hak kami terhadap mana-mana pelanggaran yang berterusan, berjaya atau berikutnya atau mana-mana peruntukan lain dalam Terma dan Syarat ini oleh Anda.
13. PENAMATAN
Pendaftar berhak untuk menamatkan/menahan akses Anda ke Laman Web ini dan/atau penggunaan Laman Web ini dan Perkhidmatan pada bila-bila masa, secara keseluruhan atau sebahagian tanpa memberi notis terlebih dahulu sekiranya Anda melanggar mana-mana Peraturan Penggunaan dan/atau melanggar mana-mana Terma dan Syarat ini atau mengingkari hak Pendaftar/pengguna lain atau mana-mana pihak ketiga atau Anda telah melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang.
14. UNDANG-UNDANG DAN BIDANG KUASA
Terma dan Syarat ini hendaklah bagi semua maksud dan tujuan tertakluk kepada dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia. Dengan mengakses Laman Web ini dan/atau menggunakan Perkhidmatan yang disediakan di sini , Anda dengan ini bersetuju kepada bidang kuasa eksklusif mahkamah Malaysia.
15. PANDUAN PENGGUNA DAN SOALAN LAZIM
"Panduan Ringkas" ertinya panduan atau panduan-panduan yang dikeluarkan oleh Pendaftar kepada Anda yang mengandungi arahan operasi untuk mod akses dan jenis transaksi yang disediakan melalui Perkhidmatan dan termasuk apa-apa pindaan, perubahan dan Panduan Ringkas lain sebagaimana yang dikeluarkan oleh Pendaftar dari semasa ke semasa. Panduan Ringkas tersebut terdapat di dalam Laman Web ini.
Anda hendaklah membaca dan memahami Panduan Ringkas dan/atau Soalan Lazim sebelum cuba untuk menggunakan Laman Web ini.
16. PENAFIAN
Isi Kandungan dan Maklumat yang disediakan oleh Pendaftar berdasarkan "sedia ada" dan " sebagaimana tersedia". Rujukan kepada Isi Kandungan dan Maklumat yang terkandung di dalam Laman Web ini adalah termasuk bahan dan maklumat seperti yang disediakan oleh pihak ketiga. Pendaftar tidak memberi jaminan bahawa Perkhidmatan akan disediakan pada setiap masa.
Pendaftar tidak memberikan sebarang jaminan nyata atau tersirat, representasi, atau pengendorsan termasuk, tetapi tidak terhad kepada sebarang jaminan ke atas tajuk, pelanggaran hak, kebolehdagangan, kegunaan, operasi, kesempurnaan, terkini, ketepatan, kepuasan kualiti, kebolehpercayaan dan kesesuaian untuk tujuan tertentu berhubung dengan Laman Web ini, Isi Kandungan, Maklumat dan/atau fungsi di dalamnya secara jelas menafikan liabiliti bagi kesilapan dan ketinggalan dalam Isi Kandungan dan/atau Maklumat. Tanpa pengurangan kepada peruntukkan di atas dan/atau terma dan syarat perjanjian berkenaan dengan produk dan perkhidmatan Pendaftar, langkah-langkah sewajarnya akan diambil oleh Pendaftar untuk memastikan ketepatan dan kesahihan semua maklumat dari Pendaftar.
Anda, hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya untuk mana-mana Isi Kandungan dan/atau Maklumat yang digunakan/diperolehi dari Laman Web ini dan/atau mana-mana Isi Kandungan dan/atau Maklumat yang dikemukakan/dihantar ke Laman Web ini. Anda hendaklah bersetuju bahawa apa-apa Maklumat yang digunakan/didapatkan dari Laman Web ini dan/atau apa-apa Maklumat yang dikemukakan/dihantar ke Laman Web ini untuk tujuan Perkhidmatan adalah lengkap, tepat, boleh dipercayai, terkini dan bebas daripada kesilapan. Dalam apa keadaan Pendaftar tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan secara langsung, tidak langsung, teladan atau khas yang timbul daripada apa-apa Maklumat yang digunakan/diperolehi dari Laman Web ini dan/atau apa-apa Maklumat yang dikemukakan/dihantar ke Laman Web ini.