Soalan Lazim
- MAKLUMAT AM
- SEMAKAN WANG TAK DITUNTUT SECARA DALAM TALIAN
- TUNTUTAN WANG TAK DITUNTUT SECARA DALAM TALIAN
- MAKLUMAT AM- PERMOHONAN TUNTUTAN
- PERMOHONAN TUNTUTAN INDIVIDU
- PERMOHONAN TUNTUTAN SYARIKAT
- PERMOHONAN TUNTUTAN WARIS/PENTADBIR
- PERMOHONAN TUNTUTAN PELIKUDASI (LIQUIDATOR)
- BAGAIMANA PERMOHONAN WTD BOLEH DIKEMUKAKAN
- SERAHAN WANG TAK DITUNTUT
Kementerian Kewangan Malaysia
atau Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) tidak pernah melantik mana-mana
syarikat / firma atau individu sebagai ejen dalam menguruskan permohonan
tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD).
Pemohon boleh membuat semakan WTD
secara dalam talian dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut:
Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
Langkah
2 : Buat pendaftaran pengguna secara
atas talian.
Langkah 3 :
Log masuk portal menggunakan kata laluan yang didaftar.
Langkah
4 : Kemaskini maklumat
pengguna.
Langkah 5 :
Klik pada "KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT" untuk membuat
Semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan
cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)
Langkah 6 : Klik "Cetak" , jika perlu.
Maklumat WTD yang terdapat dalam portal eGUMIS hanya mengandungi rekod WTD yang lengkap yang diserahkan oleh syarikat/firma kepada Pendaftar WTD.
Semakan WTD boleh dilakukan sendiri di kaunter Pejabat Pendaftar WTD atau Pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri/Cawangan, ataupun dengan membuat semakan pada Warta Kerajaan yang disimpan di Perpustakaan Negara Malaysia.
Pemohon boleh hadir sendiri ke kaunter Pendaftar Wang Tak Dituntut atau mana-mana Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri/Cawangan yang berdekatan dengan mengemukakan dokumen asal atau surat pengesahan daripada syarikat/firma yang dapat membuktikan keempunyaan WTD tersebut. Sila rujuk alamat Pejabat Pendaftar WTD dan senarai alamat JANM Negeri/Cawangan di laman sesawang www.anm.gov.my. Pemohon juga boleh membuat semakan di syarikat/firma yang menyerahkan WTD tersebut kepada Pendaftar.
Semua maklumat wtd adalah berdasarkan rekod serahan daripada entiti (syarikat/firma) kepada Pendaftar. Untuk tujuan permohonan wtd, pemohon perlu mencetak maklumat wtd tersebut dan rujuk syarikat/firma yang membuat serahan untuk surat pengesahan dan penjelasan.
Pemohon boleh membuat semakan WTD
secara atas talian dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut:
Langkah
1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
Langkah
2 : Buat pendaftaran pengguna secara
atas talian.
Langkah 3 : Log
masuk portal menggunakan kata laluan yang didaftar. Pengguna perlu menukar kata
laluan baharu.
Langkah
4 : Kemaskini maklumat pengguna
Langkah 5 : Klik
pada "KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT" untuk membuat
semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat.
Jika menghadapi kesulitan, Pengguna eGUMIS boleh menghubungi
Pentadbir Sistem melalui emel : maklumbalas.tuntutan@anm.gov.my
Pengguna eGUMIS boleh menghubungi Pentadbir Sistem melalui Tab Hubungi Kami : Aduan/Maklum Balas . Sila klik pada pautan yang disediakan.
Sekiranya pengguna eGUMIS tidak log masuk ke portal eGUMIS
setelah menerima kata laluan melebihi 30 hari, akaun tersebut akan
dinyahaktifkan secara automatik.
Ya, kemudahan permohonan tuntutan WTD secara dalam talian disediakan oleh Pendaftar melalui pautan portal berikut : https://egumis.anm.gov.my/
Borang Permohonan Tuntutan dalam talian boleh dilengkapkan setelah proses semakan WTD dan pengguna eGUMIS boleh membuat pilihan rekod WTD yang ingin dituntut.
Pemohon dikehendaki memuat naik dokumen sokongan yang berkaitan bagi tujuan mengemukakan Borang Permohonan Tuntutan Bayaran Balik WTD.
Pengguna eGUMIS boleh membuat Tuntutan WTD secara dalam talian dengan mengikuti langkah-langkah seperti berikut:
Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
Langkah 2 : Klik pada ruangan "KLIK DI
SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT" untuk
membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri. Klik Cetak maklumat
Wang Tak Dituntut tersebut (jika perlu)
Langkah 3 : Klik pada rekod WTD yang ingin dituntut pilih "Teruskan Dengan
Permohonan"
Langkah 4 : Klik pada "Tambah Penerima" untuk masukkan perihal penerima WTD. Pilih
pada kotak yang disediakan sekiranya. Maklumat Diri adalah sama seperti
Maklumat Pemohon, masukkan maklumat perbankan dan kemudian "Simpan".
Langkah 5 : Muat naik dokumen sokongan bagi kategori "MANDATORI"
Langkah 6 : Tandakan pada dua kotak untuk bersetuju dengan pengakuan serta terma dan syarat
eGUMIS dan Klik Hantar. Pilih Ya untuk menghantar permohonan tuntutan
Proses bayaran hanya akan dilaksanakan apabila dokumen lengkap DISAHKAN.
Langkah 7 : Rujuk Portal eGUMIS untuk status permohonan WTD.
Adalah dimaklumkan terdapat dua peringkat pengesahan dokumen sokongan bagi tujuan permohonan bayaran balik WTD yang dikemukakan oleh tuan/puan.
Sehubungan dengan itu, proses bayaran balik WTD sedang dalam tindakan Jabatan ini selepas tuan/puan menerima notifikasi seperti berikut :
Tuan/Puan
Proses pengesahan dokumen sokongan yang dimuat
naik telah berjaya.
Permohonan tuntutan bayaran balik WTD Tuan/Puan
sedang diproses.
Proses bayaran akan dilaksanakan dalam tempoh
30 hari bekerja daripada tarikh notifikasi pengesahan ini.
Sila log masuk ke Portal eGUMIS https//:egumis.anm.gov.my untuk maklumat
lanjut.(Soalan Lazim)
Terima kasih kerana menggunakan
perkhidmatan Portal eGUMIS.
Ini adalah cetakan komputer.
Tandatangan tidak diperlukan.
Pengguna eGUMIS boleh membuat semakan status permohonan
tuntutan WTD secara dalam talian dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 1 : Log in pada Portal eGUMIS
Langkah 2 : Klik pada Tab Ringkasan/SENARAI PERMOHONAN
Langkah 3 : Rujuk pada
ruangan STATUS
Terdapat 4 status permohonan
tuntutan WTD secara dalam talian iaitu :
i.
DERAF
Permohonan belum
dihantar oleh pengguna eGUMIS.
ii.
BAHARU
Permohonan telah
dihantar oleh pengguna eGUMIS dengan KLIK button hantar.
iii.
SELESAI
Permohonan telah
dibuat pembayaran.
iv.
KUIRI
Permohonan telah
ditolak.
Adalah dimaklumkan sekiranya tuan/puan akan menerima notifikasi dokumen sokongan telah dikuiri seperti berikut :
Tuan/Puan
Harap Maaf.
Proses pengesahan dokumen sokongan
permohonan tuntutan bayaran balik WTD Tuan/Puan tidak berjaya.
Sila rujuk keterangan kuiri seperti
berikut: (Merujuk kepada keterangan pengesahan
dokumen).
Sila log masuk ke Portal eGUMIS https//:egumis.anm.gov.my untuk maklumat
lanjut untuk memuatnaik kembali dokumen yang dikehendaki.
Terima kasih kerana menggunakan
perkhidmatan Portal eGUMIS.
Ini adalah cetakan komputer.
Tandatangan tidak diperlukan.
Tindakan yang perlu diambil adalah :
Langkah 1 : Klik Kemaskini Dokumen bagi tujuan mengemukakan semula dokumen sokongan yang
tepat.
Langkah 2 : Klik Hapus pada ruangan tindakan, seterusnya memuat naik semula dokumen
sokongan yang tepat.
Langkah 3 : Klik Hantar bagi tujuan mengemukakan semula borang permohonan tersebut.
Sekiranya terdapat kesilapan kunci masuk maklumat semasa melaksanakan pendaftaran eGUMIS tuan puan boleh mengambil tindakan seperti berikut :
Langkah 1 : Sila ke Tab Hubungi kami
Langkah 2 : Kemukakan aduan/maklum balas dengan menggunakan pautan yang telah disediakan.
Sebagai contoh :
Sekiranya berlaku kesilapan kunci masuk No kad pengenalan diri sila nyatakan no kad pengenalan diri yang sebenar bagi tujuan pengemaskinian oleh Pentadbir Sistem.
b) Dokumen pertukaran nama daripada agensi berkaitan (sekiranya ada);
c) Akuan Pelepashakan Kewarganegaraan Malaysia daripada Jabatan Pendaftaran Negara sekiranya telah bertukar kerakyatan;
d) Pasport terkini dan pasport semasa transaksi dilakukan di Malaysia yang disahkan oleh Notari Awam/Pegawai Konsulat Negara berkenaan bagi bukan warganegara Malaysia;
e) Dokumen pengenalan diri Negara berkenaan bagi bukan warganegara Malaysia yang disahkan oleh Notari Awam/Pegawai Konsulat Negara berkenaan
(b) Pentadbir harta pusaka (wasi) yang dinamakan dalam Surat Kuasa Mentadbir Harta Pusaka;
(d) Individu atau syarikat/firma yang dinamakan dalam Perintah Mahkamah; atau
1. Borang Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut UMA-7 eGUMIS
2. Salinan dokumen pengenalan diri (hadapan dan belakang)
3. Salinan muka hadapan
buku akaun/penyata bank (simpanan/semasa) aktif yang jelas dan lengkap
dengan nama penuh pemohon, nombor akaun bank dan nama bank (bayaran akan
dikreditkan terus ke dalam akaun)
Nota: Akaun Tabung Haji/akaun pelaburan/akaun pinjaman tidak dibenarkan
4. Surat Pengesahan ASAL daripada syarikat/firma yang
menyerahkan WTD kepada Pendaftar (sekiranya maklumat eGUMIS tidak sama dengan maklumat pemohon/ pengenalan diri empunya) lengkap mengikut
format yang ditetapkan.
Nota: Dokumen ASAL
perlu dikemukakan melalui kaunter/pos berdaftar
Bagi setiap rekod wtd jenis
akaun simpanan/akaun semasa dan simpanan tetap sehingga RM2,000
1. Borang Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut UMA-7 eGUMIS
2. Salinan dokumen pengenalan diri (hadapan dan belakang)
3. Salinan muka hadapan buku akaun/penyata bank (simpanan/semasa) aktif
yang jelas dan lengkap dengan nama penuh pemohon, nombor akaun bank dan nama
bank (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun)
Nota: Akaun Tabung Haji/akaun pelaburan/akaun pinjaman tidak dibenarkan
4. Surat Pengesahan ASAL daripada syarikat/firma yang menyerahkan WTD kepada Pendaftar (sekiranya maklumat eGUMIS tidak sama dengan maklumat pemohon/ pengenalan diri empunya) lengkap mengikut format yang ditetapkan.
Nota: Dokumen ASAL perlu dikemukakan melalui kaunter/pos berdaftar
Nota:
Bagi Tuntutan WTD Akaun Bersama (Joint
Account):
· Tuntutan
hendaklah dibuat secara bersama oleh semua pemegang akaun.
· Salinan akaun bank (simpanan/semasa) aktif bersama / individu kesemua
pemegang akaun yang jelas dan lengkap dengan nama penuh pemegang akaun,
nombor akaun bank dan nama bank.
Nota: Bagi Tuntutan WTD Akaun Amanah (Trustee Account):
· Salinan
sijil lahir dan kad pengenalan anak/ibu/bapa hendaklah dikemukakan.
Nota: Dokumen ASAL
perlu dikemukakan melalui kaunter/pos berdaftar
1. Borang Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut UMA-7 eGUMIS
2. Salinan dokumen pengenalan diri (hadapan dan belakang)
3. Salinan muka hadapan
buku akaun/penyata bank (simpanan/semasa) aktif yang jelas dan lengkap
dengan nama penuh pemohon, nombor akaun bank dan nama bank (bayaran akan
dikreditkan terus ke dalam akaun)
Nota: Akaun Tabung Haji/akaun pelaburan/akaun pinjaman tidak dibenarkan
4. Sekurang-kurangnya
dua (2) daripada tiga (3) dokumen berikut:
i.
Banker's cheque/bank draft/cashier's order yang ASAL;
ii.
Borang pembelian ASAL banker's
cheque/bank draft/cashier's order yang mempunyai cetakan bank yang jelas bagi
maklumat transaksi tersebut;
iii.
Surat Pengesahan ASAL
daripada syarikat/firma yang menyerahkan WTD kepada Pendaftar lengkap mengikut
format yang ditetapkan.
5. Borang Bon
Tanggungrugi UMA-8 (Pin: 1/2016) yang lengkap diisi, dimatikan Setem Hasil RM10.00
di LHDN dan ditandatangani di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret atau
Pesuruhjaya Sumpah (jika dikehendaki oleh Pendaftar).
Nota:
·
Sekiranya dokumen asal di 4(i) dan 4(ii) tidak dapat dikemukakan,
salinan dokumen yang diakui sah oleh pihak bank lengkap dengan tandatangan,
nama pegawai, jawatan dan cap bank hendaklah disertakan
·
Sekiranya banker's cheque/bank draft/cashier's order yang melibatkan JABATAN
IMIGRESEN ATAU LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI, pemohon perlu mengemukakan surat pelepasan daripada JABATAN IMIGRESEN/LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI
Nota: Dokumen ASAL
perlu dikemukakan melalui kaunter/pos berdaftar
1. Borang Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut UMA-7 eGUMIS
2. Salinan dokumen pengenalan diri pasport terkini dan pasport semasa
transaksi dilakukan di Malaysia yang disahkan oleh Notari Awam/Pegawai Konsulat
Negara berkenaan.
3. Salinan penyata bank yang lengkap yang jelas dengan nama penuh
pemohon, nombor akaun bank, nama bank, alamat bank dan national clearing code
(FW/SC)/ Swift Code (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun)
4. Dokumen-dokumen berikut:
i.
Dokumen ASAL (Contoh : buku akaun simpanan
bank/sijil simpanan tetap); atau
ii. Surat
pengesahan ASAL daripada
syarikat/firma yang menyerahkan WTD kepada Pendaftar (sekiranya tiada dokumen
asal) mengikut format yang ditetapkan; dan
iii.
Lain-lain dokumen mengikut jenis WTD
Nota: Dokumen ASAL
perlu dikemukakan melalui kaunter/pos berdaftar
1. Borang Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani oleh pegawai syarikat lengkap
dengan nama dan jawatan pegawai dan cap rasmi syarikat / firma.
2. Sijil
Pendaftaran syarikat/firma dan Sijil Pertukaran nama (sekiranya ada)
3. Salinan cetakan carian wang tak dituntut daripada portal eGUMIS
4. Surat pengesahan asal daripada syarikat/firma yang menyerahkan WTD kepada Pendaftar mengikut format yang ditetapkan.
5.
Salinan penyata bank yang aktif (akaun
semasa) yang tertera dengan nama dan akaun bank syarikat / firma (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam
akaun).
1. Borang Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut WTD UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani oleh pegawai syarikat lengkap
dengan nama dan jawatan pegawai dan cap rasmi syarikat / firma.
2. Sijil Pendaftaran syarikat/firma dan Sijil Pertukaran Nama (sekiranya ada)
3. Salinan cetakan carian wang tak
dituntut yang lengkap daripada portal eGUMIS
4. Surat pengesahan asal daripada syarikat/firma yang menyerahkan WTD kepada Pendaftar mengikut format yang ditetapkan.
5. Salinan
penyata bank yang aktif (akaun semasa) yang tertera dengan nama dan akaun bank
syarikat / firma (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun)
.
1. Borang Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut WTD UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani oleh pegawai syarikat lengkap denagn nama dan jawatan pegawai dan cap rasmi syarikat/firma
2. Sijil Pendaftaran syarikat/firma dan Sijil Pertukaran Nama (sekiranya ada)
3. Salinan cetakan carian wang tak dituntut yang lengkap daripada portal eGUMIS
4. Sekurang-kurangnya dua (2) daripada tiga (3) dokumen berikut:
i. Borang pembelian asal banker's cheque/bank draft/cashier's order
yang mempunyai cetakan bank yang jelas bagi maklumat transaksi tersebut.
ii. Banker's
cheque/bank draft/cashier's order yang asal.
iii. Surat pengesahan daripada bank penyerah WTD kepada Pendaftar yang menyatakan maklumat pembeli dan penerima banker's cheque/bank draft/cashier's order mengikut format yang ditetapkan.
Nota:
i) Sekiranya dokumen di 4(i)
dan 4(ii) tidak dapat dikemukakan, salinan dokumen yang diakui sah oleh pihak
bank lengkap dengan tandatangan, nama pegawai dan cap bank hendaklah disertakan
ii)Sekiranya banker's cheque/bank draft/cashier's order melibatkan jabatan Imigresen, pemohon perlu mengemukakan banker's cheque/bank draft/cashier's order yang asal. Sekiranya tiada, pemohon perlu mendapatkan Surat Pelepasan daripada Jabatan Imigresen.
5. Borang Bon Tanggungrugi UMA-8 (Pin : 1/2016) yang lengkap diisi,
dimatikan Setem Hasil RM10.00 di LHDN dan ditandatangani di hadapan Hakim
Mahkamah Sesyen, Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah (jika dikehendaki oleh
Pendaftar)
6. Salinan
penyata bank yang aktif (akaun semasa) yang tertera dengan nama dan akaun bank
syarikat / firma (bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun)
Permohonan tuntutan oleh syarikat/firma yang
membuat serahan Wang Tak Dituntut (WTD) perlu mengemukakan dokumen seperti
berikut:
- Borang Permohonan
Tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) yang lengkap diisi dan ditandatangani oleh
pegawai syarikat/firma lengkap dengan nama, jawatan & cap rasmi
syarikat/firma
- Sijil Pendaftaran dan
Sijil Pertukaran Nama (sekiranya ada) bagi syarikat/firma.
- Surat pengesahan asal bagi setiap butiran WTD yang
perlu dikemukakan kepada Pendaftar mengikut format yang ditetapkan.
- Surat penjelasan
mengenai tuntutan yang dibuat.
- Bukti bayaran yang
telah disahkan oleh pegawai syarikat/firma (jika bayaran telah dibuat)
- Salinan penyata bank
(semasa) aktif yang jelas dan lengkap dengan nama penuh pemohon dan nombor
akaun bank.
- Borang Bon
Tanggungrugi UMA-8 (Pin: 1/2016) yang lengkap diisi, dimatikan Setem Hasil
RM10.00 di LHDN bagi setiap butiran WTD dan ditandatangani di hadapan
Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret atau Pesuruhjaya Sumpah.
1. Borang Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut UMA-7 yang lengkap diisi dan ditandatangani oleh Waris/Pentadbir
2. Salinan dokumen pengenalan diri Waris/Pentadbir
3. Salinan cetakan carian wang tak
dituntut (simati)yang lengkap dengan nama dan nombor pengenalan empunya(simati) daripada portal eGUMIS
4. Dokumen asal (Contoh : buku akaun simpanan bank/sijil simpanan
tetap) atau
5. Surat pengesahan asal daripada syarikat/firma yang menyerahkan WTD kepada Pendaftar (sekiranya tiada dokumen asal) mengikut format yang ditetapkan..
6. Salinan muka hadapan buku
akaun/penyata bank (simpanan/semasa) aktif yang jelas dan lengkap dengan nama
penuh waris/pentadbir, nombor akaun bank dan nama bank (bayaran akan dikreditkan
terus ke dalam akaun).
Nota:
Akaun Tabung Haji/akaun pelaburan/akaun pinjaman tidak dibenarkan
7. Salinan Sijil Kematian
8. Surat Kuasa Mentadbir harta pusaka yang dikeluarkan oleh Mahkamah
Tinggi / Pihak Berkuasa/Pejabat Daerah di Sabah atau Sarawak/Jabatan Ketua
Pengarah Tanah & Galian Persekutuan (JKPTG) / Amanah Raya Berhad yang
mengandungi maklumat WTD dalam senarai harta
Nota:
** Sijil Faraid adalah bukan Surat Kuasa
Mentadbir.
** Perintah Mahkamah/Grant Of
Probate/Letters Of Administration daripada
Mahkamah Luar Negara perlu didaftar dan dimeterai di Mahkamah Tinggi
Malaya.
** Salinan
perlu disahkan oleh pihak yang mengeluarkan dokumen tersebut.
** Sekiranya amaun tuntutan WTD melebihi RM2,000 dan maklumat wang tak dituntut empunya pada Surat Kuasa Mentadbir dan senarai harta lengkap dan sepadan dengan maklumat rekod Pendaftar, pemohon dikecualikan surat pengesahan.
*NOTA:
Pengecualian Surat Pengesahan
Bagi tuntutan WTD
bagi amaun sehingga RM2,000, yang tiada surat kuasa mentadbir, sekiranya maklumat nama dan pengenalan empunya
pada sijil kematian adalah sama dengan rekod Pendaftar, pemohon dikecualikan
surat pengesahan, mencukupi dengan cetakan maklumat wtd melalui portal eGUMIS sebagai dokumen sokongan dengan
tambahan dokumen seperti berikut:
i. Salinan dokumen
yang menunjukkan pertalian/ hubungan seperti Sijil Kelahiran atau Sijil
Nikah/Kahwin
ii. Salinan
Sijil Kematian.
iii.Borang
Bon Tanggungrugi UMA-8 (Pin: 1/2016) yang lengkap diisi, dimatikan Setem Hasil RM10.00 di LHDN dan ditandatangani di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret
atau Pesuruhjaya Sumpah bagi setiap
butiran WTD
- Borang Permohonan Tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) yang lengkap diisi dan ditandatangani oleh pelikuidasi(liquidator) lengkap dengan nama, jawatan dan cap rasmi syarikat/firma.
- Salinan sijil pendaftaran syarikat/firma empunya WTD.
- Salinan dokumen berkenaan pembubaran syarikat/firma seperti berikut:
Bagi syarikat:
i. "Notice of Appointment and Situation of Office of Liquidator" yang disahkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) - Borang 70 (bersama perintah mahkamah)/Borang 71/Borang 72 atau borang di bawah sekyen 513(1) Akta Syarikat 2016
Bagi Koperasi:
i. Salinan Perlantikan pelikuidasi(liquidator) yang disahkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM);dan
ii.Salinan Perintah Pembatalan Pendaftaran Koperasi Selepas Pemeriksaan yang disahkan oleh SKM.
Bagi pertubuhan/ kesatuan sekerja
i.Salinan Perintah Pembatalan yang dikeluarkan oleh Pendaftar Pertubuhan yang disahkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia - Salinan kad pengenalan pelikuidasi(liquidator) yang dilantik (hadapan dan belakang).
- Salinan cetakan carian wang tak dituntut yang lengkap dengan nama dan nombor pengenalan empunya sama dengan maklumat pemohon(syarikat/firma) daripada portal eGUMIS
- Surat pengesahan asal daripada syarikat/firma yang menyerahkan WTD kepada Pendaftar seperti format yang ditetapkan.
- Salinan penyata bank (semasa) aktif yang jelas dan lengkap dengan nama penuh syarikat in liquidation dan nombor akaun dan nama bank.
Permohonan yang
lengkap dengan cetakan maklumat wang tak dituntut dan dokumen sokongan boleh
dikemukakan secara pos (digalakkan secara Pos Berdaftar) atau melalui kaunter di kaunter Pendaftar Wang Tak Dituntut
atau di mana-mana Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri/Cawangan seperti di
pautan portal berikut: http://www.anm.gov.my/index.php/direktori-ag/direktori-janm-negeri-cawangan-bahagian-akaun-kementerian/maklumat-janm-negeri-dan-cawangan
Alamat Surat-menyurat Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (Ibu Pejabat):-
Pejabat Pendaftar Wang Tak Dituntut
Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Aras 1, Blok Utara, Perbendaharaan 2,
Kompleks Kementerian Kewangan,
No. 7, Persiaran Perdana, Presint 2,
62594, Putrajaya
Alamat Kaunter Bahagian Pengurusan Wang Tak Dituntut (Ibu Pejabat):-
Waktu urusan
Isnin
- Khamis : 9.00 pg - 4.00 ptg
Jumaat : 9.00 pg - 4.00 ptg (Tutup 12.15 t/hari sehingga 2.45 ptg)
Tutup : Sabtu, Ahad & Cuti Umum
PERKHIDMATAN KAUNTER BWTD (IBU PEJABAT)
SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) ADALAH SECARA
TEMUJANJI SAHAJA
Permohonan
temujanji boleh dibuat melalui talian telefon 03-8000 8700/ 8701/ 8702/ 8703/ 8704/
8705
Nota
: Pendaftar mempunyai kuasa mutlak dan berhak meminta apa-apa dokumen tambahan
walaupun pemohon telah menyertakan semua dokumen yang disenaraikan di atas bagi
tujuan pembayaran balik WTD kepada pemohon.
Laman web bagi tujuan muat turun borang permohonan, borang Bon Tanggungrugi dan contoh format surat pengesahan daripada syarikat/firma adalah seperti berikut:
Pendaftar akan mengeluarkan surat kuiri menyatakan dokumen yang tidak
lengkap dan memulangkan kesemua dokumen sokongan bersama-sama dengan borang
permohonan kepada pemohon.
Portal eGUMIS menyediakan kemudahan seperti berikut
- membuat bayaran serahan WTD melalui FPX;
- memuatnaik Daftar WTD yang telah diencrypt secara atas talian;
- menyemak status serahan WTD yang dikemukakan secara atas talian;
- memuatturun resit serahan WTD;
- memuatturun surat kuiri serahan WTD; dan
- mengemaskini rekod syarikat/firma yang pernah didaftarkan dalam sistem Pendaftar WTD.
Untuk membuat serahan WTD, syarikat/firma perlu membuat bayaran WTD melalui portal eGUMIS. Selepas bayaran berjaya, syarikat/firma perlu memuatnaik Daftar WTD mengikut format yang telah ditetapkan oleh Pendaftar WTD ke dalam portal eGUMIS.
Serahan WTD secara atas talian hanya boleh dibuat oleh syarikat/firma yang telah memohon capaian portal eGUMIS dengan mengemukakan Borang UMA-1 kepada Pendaftar WTD.
Untuk mendaftar dengan pihak Pendaftar WTD, syarikat/firma perlu melengkapkan Borang UMA-1. Borang ini boleh dimuatturun dari capaian berikut : http://www.anm.gov.my/index.php/khidmat/wang-tak-dituntut. Borang UMA-1 yang telah lengkap diisi perlu dihantar kepada Pendaftar WTD. Pihak Pendaftar akan menghantar notifikasi emel untuk memaklumkan ID serta kata laluan sementara kepada pegawai syarikat/firma.
Dokumen yang perlu dimuatnaik ke dalam Portal eGUMIS adalah Daftar WTD dalam format MsExcel yang telah diencrypt menggunakan encryption key yang ditetapkan oleh Pendaftar WTD.
Contoh format dan panduan penyediaan Daftar WTD boleh dimuatturun dari capaian berikut http://www.anm.gov.my/index.php/khidmat/wang-tak-dituntut.
Sebarang permohonan untuk mendapatkan encryption key perlu diemelkan kepada akaun.bwtd@anm.gov.my.
Selepas serahan WTD berjaya diproses dan diakaunkan oleh pihak Pendaftar, resit rasmi boleh dimuatturun melalui portal eGUMIS.
Sekiranya pihak syarikat/firma mempunyai masalah semasa membuat serahan WTD secara talian, pihak syarikat/firma boleh berhubungan dengan:
Unit Akaun
Bahagian
Pengurusan Wang Tak Dituntut
Jabatan
Akauntan Negara Malaysia
Aras
1, Blok Utara, Perbendaharaan 2
Kompleks
Kementerian Kewangan
No.
7 Persiaran Perdana
Presint
2
62594
Putrajaya