- 05-12-2025
- Baharu
Semua pengguna eGUMIS
NOTIS AKTIVITI PENYELENGGARAAN SISTEM eGUMIS SEMPENA PENUTUPAN AKAUN TAHUNAN 2025
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) ingin memaklumkan bahawa Aktiviti Penyelenggaraan Sistem eGUMIS sempena Penutupan Akaun Tahunan 2025 akan dijalankan seperti ketetapan berikut:
Tarikh dan Masa Mula | Tarikh dan Masa Tamat |
08 DISEMBER 2025 (ISNIN) 12.01 PAGI | 02 JANUARI 2026 (JUMAAT) 2.00 TENGAH HARI |
Sepanjang tempoh tersebut, pengguna eGUMIS tidak akan dapat mengemukakan permohonan secara dalam talian. Pengguna hanya boleh membuat semakan Wang Tak Dituntut (WTD) bagi tempoh penyelenggaraan tersebut.
Serahan permohonan di kaunter pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) seluruh negara masih diterima sepanjang tempoh ini. Lokasi pejabat boleh dilayari di pautan berikut: https://www.anm.gov.my/hubungi/lokasi-janm
Segala kesulitan amat dikesali.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
5 Disember 2025
- 28-11-2025
- Baharu
Elakkan penggunaan APKPure atau mana-mana sumber pihak
ketiga. Aplikasi dari sumber tidak rasmi berisiko mengandungi malware,
menyebabkan kebocoran data serta menjejaskan keselamatan
peranti. Sila gunakan hanya aplikasi daripada platform rasmi.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
28 November 2025
- 17-10-2025
- 17-10-2025
- 22-05-2025
Dimaklumkan bahawa masalah teknikal semasa pendaftaran akaun pengguna melalui laman web eGUMIS telah berjaya diselesaikan. Sebagai alternatif, pengguna baharu juga boleh mendaftar melalui aplikasi mudah alih eGUMIS JANM Mobile yang boleh dimuat turun melalui Google Play, App Store dan AppGallery seperti berikut:
Bagi pengguna sedia ada
yang telah dinyahaktifkan, sila hantarkan maklumat ID, emel dan nombor
pengenalan diri ke emel tuntutan.bwtd@anm.gov.my untuk semakan dan bantuan
lanjut.
Semakan dan permohonan
bayaran balik juga boleh dilaksanakan di kaunter JANM seluruh Malaysia. Klik di
sini untuk lokasi kaunter JANM di setiap negeri:
https://www.anm.gov.my/hubungi/lokasi-janm
Segala kesulitan amat
dikesali dan kerjasama anda amat dihargai.
Jabatan Akauntan Negara
Malaysia
31 Julai 2025
- 02-05-2025
Semua pengguna eGUMIS
AKTIVITI PENYELENGGARAAN DAN INTEGRASI SISTEM eGUMIS
Jadual penyelenggaraan sistem adalah bermula pada pukul 7:00 petang sehingga 7:00 pagi setiap hari. Pemohon tidak boleh membuat tuntutan pada waktu ini dan hanya SEMAKAN sahaja dibenarkan.
Segala kesulitan amat dikesali.
- 22-04-2025
- 22-04-2025
- 06-04-2025
Semua pengguna eGUMIS
Dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) tidak
pernah melantik mana-mana individu atau pihak sebagai agen untuk menguruskan
tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) bagi pihak orang ramai. Orang awam
dinasihatkan untuk tidak menggunakan sebarang perkhidmatan pihak ketiga atau
individu yang menawarkan khidmat sebagai agen bagi urusan berkaitan WTD kerana:
- Permohonan tuntutan WTD adalah percuma dan boleh dibuat secara terus oleh pemilik melalui portal rasmi https://egumis.anm.gov.my
- Pihak JANM tidak mengenakan sebarang caj bagi proses semakan atau tuntutan WTD. Sebarang maklumat peribadi yang diberikan kepada pihak tidak sah boleh disalahgunakan untuk tujuan penipuan.
Sekiranya terdapat sebarang keraguan atau pertanyaan, orang awam boleh emel ke alamat tuntutan.bwtd@anm.gov.my
Segala kesulitan amat dikesali.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
06 April 2025
- 04-02-2025
Semua pengguna eGUMIS
AKTIVITI PEMURNIAN DATA DI SISTEM eGUMIS
Dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia sedang melaksanakan aktiviti pemurnian data di portal eGUMIS.
Bagi pengguna yang telah dinyahaktifkan, sila kemukakan maklumat ID, Emel dan No. pengenalan yang telah didaftarkan ke alamat emel tuntutan.bwtd@anm.gov.my untuk semakan lanjut.
Bagi pendaftaran pengguna baharu, sila pastikan Nama dan No. pengenalan yang didaftarkan adalah seperti di kad pengenalan.
Segala kesulitan amat dikesali.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
04 FEBRUARI 2025
SERAHAN
Serahan WTD oleh syarikat/firma di bawah Seksyen 8 Akta WTD 1965.
SEMAKAN
Carian Rekod WTD secara atas talian yang diserahkan oleh pihak Syarikat/Firma.
Log masuk untuk Carian Rekod dan Tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) secara atas talian.