- 17-12-2025
- Baharu
WASPADA EMEL PALSU BERKAITAN WANG TAK
DITUNTUT (WTD)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) ingin
menarik perhatian orang awam berhubung penularan emel palsu yang menggunakan
nama Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dan Bahagian Pengurusan Wang Tak
Dituntut (BWTD) berkaitan Wang Tak Dituntut (WTD).
Untuk makluman, BWTD, JANM tidak pernah
menghantar sebarang emel pemakluman kepada orang awam atau mana-mana firma/
syarikat/ entiti serahan berkaitan tuntutan Wang Tak Dituntut.
Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan
supaya:
- Tidak
mengklik sebarang pautan dalam emel yang mencurigakan;
- Tidak
mendedahkan maklumat peribadi, maklumat perbankan atau butiran log
masuk;
- Menyemak kesahihan sumber emel sebelum mengambil sebarang tindakan.
Maklumat yang sahih dan terkini berkaitan Wang
Tak Dituntut boleh diperolehi melalui portal rasmi eGUMIS Jabatan Akauntan
Negara Malaysia di https://egumis.anm.gov.my
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
17 Disember 2025
- 28-11-2025
Elakkan penggunaan APKPure atau mana-mana sumber pihak
ketiga. Aplikasi dari sumber tidak rasmi berisiko mengandungi malware,
menyebabkan kebocoran data serta menjejaskan keselamatan
peranti. Sila gunakan hanya aplikasi daripada platform rasmi.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
28 November 2025
- 22-05-2025
Dimaklumkan bahawa masalah teknikal semasa pendaftaran akaun pengguna melalui laman web eGUMIS telah berjaya diselesaikan. Sebagai alternatif, pengguna baharu juga boleh mendaftar melalui aplikasi mudah alih eGUMIS JANM Mobile yang boleh dimuat turun melalui Google Play, App Store dan AppGallery seperti berikut:
Bagi pengguna sedia ada
yang telah dinyahaktifkan, sila hantarkan maklumat ID, emel dan nombor
pengenalan diri ke emel tuntutan.bwtd@anm.gov.my untuk semakan dan bantuan
lanjut.
Semakan dan permohonan
bayaran balik juga boleh dilaksanakan di kaunter JANM seluruh Malaysia. Klik di
sini untuk lokasi kaunter JANM di setiap negeri:
https://www.anm.gov.my/hubungi/lokasi-janm
Segala kesulitan amat
dikesali dan kerjasama anda amat dihargai.
Jabatan Akauntan Negara
Malaysia
31 Julai 2025
- 06-04-2025
Semua pengguna eGUMIS
Dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) tidak
pernah melantik mana-mana individu atau pihak sebagai agen untuk menguruskan
tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) bagi pihak orang ramai. Orang awam
dinasihatkan untuk tidak menggunakan sebarang perkhidmatan pihak ketiga atau
individu yang menawarkan khidmat sebagai agen bagi urusan berkaitan WTD kerana:
- Permohonan tuntutan WTD adalah percuma dan boleh dibuat secara terus oleh pemilik melalui portal rasmi https://egumis.anm.gov.my
- Pihak JANM tidak mengenakan sebarang caj bagi proses semakan atau tuntutan WTD. Sebarang maklumat peribadi yang diberikan kepada pihak tidak sah boleh disalahgunakan untuk tujuan penipuan.
Sekiranya terdapat sebarang keraguan atau pertanyaan, orang awam boleh emel ke alamat tuntutan.bwtd@anm.gov.my
Segala kesulitan amat dikesali.
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
06 April 2025
SERAHAN
Serahan WTD oleh syarikat/firma di bawah Seksyen 8 Akta WTD 1965.
SEMAKAN
Carian Rekod WTD secara atas talian yang diserahkan oleh pihak Syarikat/Firma.
Log masuk untuk Carian Rekod dan Tuntutan Wang Tak Dituntut (WTD) secara atas talian.